ASSALAMUALAIKUM .. kek RAINBOW @ PELANGI ... SERIOUSLY cakap kek neh sedap .. akau penah buat qaya taon lepaih , tapi layer dya tak bopa nk menjadi .. so taon neh INSYAALLAH aku akan buat len .. wish me luck .. ampa pon try la , sedap derr . ta caya . try la dulu .. dan kek ini sngt menarik :)
Bahan-bahan:
150gm tepung gandum
150gm gula halus
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80ml susu segar
80ml mentega cair/ minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna ungu, hijau, oren, biru, kuning dan merah
Cara-cara:
1.Satukan gula halus, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
2.Pukul sehingga pekat dan gebu (lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar-benar ringan (lebih kurang 3 hingga 5 minit).
4.Tuangkan mentega cair/ minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar-benar sebati.
5.Bahagikan kek kepada 6 bahagian, satu cawan bagi 1 bahagian dan masing2 diwarnakan ungu, hijau, oren, biru, kuning dan merah.
6.Sediakan tin pembakar, griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
7.Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak.Ulang langkah ini pada adunna kek seterusnya sehingga habis.Jika oven besar bolehlah bakar 2 loyang sekaligus.
8.Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
8.Setelah kek sejuk sepenuhnya, bolehlah dideko ikut citarasa masing2.
Buttercream
Bahan:
100 gm mentega
300gm krimwell
100 gm Golden Syrup
50ml susu pekat manis
2 sudu besar gula aising
Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
2.Masukkan golden syrup beserta susu pekat manis dan teruskan memukul hingga sebati.
3.Ayakkan gula aising dan gaulkan ke dalam adunan butter dan krimwell tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan