Resepi biskut aiskrim nestum
Bahan-bahan
- · 200 gm tepung gandum
- · 70 gm tepung kastad
- · 160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)
- · 75 gm gula halus
- · 180 gm butter
- · 1 biji telur
- · 1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan
- · 250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
- · Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai
Cara membuat
2. Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat. Masukkan telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.
4. Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim. Bakar dalam oven pada suhu 160°c sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai. Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.
5. Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan