ok , sebenarnya aku terdetik nak cari resepi and nak cuba buat benda nih ada sorang abg nih cakap KUIH LIDAH BUAYA . Bila aku search baru aku taw apa itu KUIH LIDAH BUAYA . Kuih yang sama dengan KUIH KAPAL TERBANG just nama berbeza rasa bentuk sebijik :) , so alang-alang aku share la dengan hampa . Bila free aku nk try buat :D hehehe
BAHAN-BAHAN
• 2cwn tepung gandum
• air
• sikit garam
• 1bj telur
• gula icing
BAHAN UNTUK PES
• 4sudu tpg jagung
• 4sudu minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan kesemua bahan pes dan ketepikan.
2. Uli semua bahan kecuali bahan pes.
3. Bulatkan doh .
4. Canai setiap doh yang telah dibulatkan tadi.
5. Kemudian gulungkan.
6. Setelah selesai menggulung tarikan doh kepada dua kali ganda panjang.
7. Kemudian gunting serong-serong.
8. Setelah itul gelek (roll nipis)
9. Goreng guna minyak yg panas dengan api perlahan.
10. Semasa proses menggoreng ambil garfu lalu buka setiap kelopak.
11. Goreng hingga masak , angkat lalu toskan.
12. Akhir sekali salut didalam gula aising.
13. Siap dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan