Resepi biskut Lidah Kucing Rainbow
BAHAN-BAHAN
- 250 gm butter
- 175 gm gula kastor
- 100 ml putih telur
- 200 gm tepung gandum
- 50 gm tepung jagung
- 1/4 sudu teh emplex
- 6 warna berbeza (merah,oren,kuning,hijau,biru,purple)
CARA-CARA
- Griskan loyang dengan sedikit butter
- Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.
- Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
- Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
- Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.Letak setitik kecil sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yg telah masak.
- Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
- Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.
- Paipkan atas loyang lidah kucing.
- Jangan paipkan terlampau penuh kerana aduna akan mengembang bila dibakar.
- Bakar dalam oven pada suhu 150°c selama 15 ~ 20 minit.
- Jaga jangan sampai keperangan dan hangus.
- Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan