BAHAN-BAHAN A :-)
200 gram mentega (cm guna mentega SCS)
150 gram cream cheese
130 gram gula kastor
14 biji kuning telur (cm guna telur gred A)
5 camca besar susu pekat manis
BAHAN-BAHAN B :-)
130 gram gula kastor
7 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar
BAHAN-BAHAN C :-)
180 gram tepung Hong Kong*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
BAHAN-BAHAN D :-)
2 camca besar serbuk koko*
3 camca besar air panas*
1 camca teh coklat emulco*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Beberapa titik perwarna kuning makanan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C (api grill, bahagian atas sahaja), lenser tin 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, leser juga kertas tadi. Ketepikan.
- Putar mentega, cream cheese dan gula kastor hingga kembang dan gebu, masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit, dan putar sebati. Ketepikan sebentar.
- Dalam bekas yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk.
- Masukkan putih telur ke dalam adunnan kek lapis, gaul rata dengan spatula dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak
- Satu bahagian dimasukkan pes coklat, gaul rata dan dua bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning makanan. Kacau rata2.
- Masukkan tin ke dalam oven selama 3 minit. Keluarkan dan lapis dengan bancuhan warna kuning sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5-7 minit atau hingga perang. Keluarkan dan jika ada gelombong udara, cucuk dengan lidi sate dan kemudian tekan sedikit.
- Lapis lagi dengan adunan warna kuning hingga siap. Kemudian dilapis dengn adunan coklat pula hingga siap dan dilapis sekali lagi dengan adunan kuning. Untuk lapisan terakhir, bakar hingga kekuningan, kemudian tutup permukaan tin kek dengan aluminium foil dan bakar dengan api atas bawah selama 10 - 12 minit. Sejukkan kek sekejap dan keluarkan dari tin. Biar sejuk sebelum dipotong.
CATATAN MAT GEBU :- Guna mentega berkualiti tinggi untuk mendapat kek lapis yang lembap. Anda boleh juga putar putih telur dulu, asingkan dan baru putar adunan untuk kek lapis. Tekan perlahan setiap lapisan kek dengan penekan kek lapis, jika ada gelembung udara, cucuk perlahan dengan lidi sate. Anggaran membakar setiap lapisan dalam 5 - 7 minit bergantung pada oven masing2...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan