Assalamualaikum
.. selawat dan salam buat RASULLULAH s.a.w yang telah menjadi contoh terbaik ..
Hari ini nukilan aku tentang arwah AHMAD AMMAR BIN AHMAD A’ZAM ..
AMMAR
Dunia menerimamu.. Dunia menghantarmu kembali dengan rela..
Sekarang
dah bulan 4 tahun 2014 .. Sudah 5 bulan lebih Arwah AHMAD AMMAR AHMAD A’ZAM
telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini .. Namun aku masih merasakan
pemergian AMMAR baru saja 2 3 hari yang lalu .. AMMAR seorang mujahid yang
telah membuka banyak mata anak muda tentang islam .. Walaupun AMMAR hanya
dikenali setelah pemergiaannya , namun jasa dan pengorbanan beliau teramatlah
besar kepada agama islam meskipun dalam usia yang amat muda ..
Aku seorang manusia yang teramat malas untuk membaca artikel atau apa jenis penulisan .. Tetapi dek kerana ingin mengenali siapa AHMAD AMMAR yang sebenarnya , aku mampu untuk menghabiskan bacaan novel “CERITA CINTA AHMAD AMMAR” dalam masa satu hari .. Jujur aku katakan , jalan hidup AMMAR amatlah beerti . Aku jelas sekali mencemburui apa yang dimilikinya .. AMMAR betapa mulianya kau .. Semoga kau tenang di syurga sana bersama bidadari syurga ..
Sesungguhnya engkau pejuang islam yang syahid dijalan ALLAH ..
Aku
sudah hidup didunia ini 19 tahun , namun tiada satu pun sumbangan aku kepada
islam .. Kau baru hidup 20 tahun , tetapi kau begitu bermakna .. AMMAR kau
seorang anak yang amat menyenangi kedua ibu bapa mu .. rakan-rakan dan
orang-orang di sekelilingmu .. Betapa indahnya akhlak mu .. Aku ingin menjadi
seperti kau , berjuang di jalan ALLAH .. Dijemput dalam keadaan yang amat mulia
.. Namun aku tidak mampu .. Aku terlalu leka dengan hidup ku , aku telah banyak
berehat .. Aku takut diakhirat kelak , aku tidak mampu berehat sepertimu .. :’(
Kematian kau menghidupkan seluruh isi hati dan jiwa umat islam .. Subhannallah .. AMMAR , kau merupakan rakyat MALAYSIA pertama yang dikebumikan di tempat yang mulia di tanah TURKI .. AMMAR kau memang istimewa .. AMMAR aku amat kagum dengan perjuangan dakwahmu walaupun tidak kesampaian .. Ajal terlebih dahulu menjemputmu ..
Ibu dan ayahmu merancang yang terbaik untuk mu .. Supaya dirimu menjadi seorang pendakwah yang Berjaya menegakkan kebenaran Islam .. Namun perancangan ALLAH adalah yang sebaik-baiknya .. ALLAH telah mempersiapkan dirimu untuk menghadapNYA ..
Artikel ini aku tulis setelah habis membaca buku tentang “CERITA CINTA AHMAD AMMAR” .. Sungguh aku tidak dapat menahan sebak ketika membaca cerita tentangnya .. Mengalir air mataku membaca kisah hidupmu wahai AMMAR .. Semoga kau tenang di alam sana .. Alam akhirat yang kekal abadi .. Dirimu merupakan contoh pemuda terbaik .. Aku yakin masih ramai lagi pemuda seperti mu .. Namun kewujudan mereka kurang disedari oleh masyarakat sekeliling .. Tenanglah dikau disana bersama amal ibadat mu selamanya ..
AL-FATIHAH
buat ARWAH AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM
15 –
FEBRUARI – 1993 à 02 –
NOVEMBER – 2013
“Dunia
Biarlah Aku Berpenat
Akhirat
Tempat Aku Berehat”
Perjuangan
yang belum selesai …..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan