ASSALAMUALAIKUM .. hahh , nie aq post setelah selesai presentation aku n group aku seketika tadi .. Walaweh presention yg amat terok . :'( tapi buat adik2 yang nak mengenali tentang gumpaste boleh la copy paste disini .. :')
• Gumpaste juga dikenali sebagai pes gam. Tekstur gumpaste adalah lebih
elastic berbanding pes gula. Ia disebabkan oleh kandungan salah satu daripada bahan-bahan ini gum tragacanth. Gumpaste boleh dibuat sendiri atau dibeli siap dari kedai menjual bahan bakeri, ia dijual dalam bentuk serbuk dan juga doh.
RESEPI GUMPASTE
Ø500
gm à GULA AISING
Ø15
gm à GUM TRAGACANTH
Ø50
gm à PUTIH TELUR
Ø10
gm à GELATIN
Ø50
gm à AIR
Ø30
gm à GLUKOSE
Ø30
gm à SHORTENING
CARA PENYEDIAAN
1.Ayak gula aising bersama gum tragacanth, kemudian masukkan ke dalam mangkuk mesin pengadun.
2.Satukan gelatin dan air, kemudian gunakan kaedah double-boiled sehingga hancur dan cair.
3.Setelah itu, campurkan glukos dan shortening (lemak sayuran) dan kacau sehingga cair dan tidak kental.
4.Tuangkan campuran ke dalam gula aising. Kaup balik seketika, kemudian masukkan putih telur. Putar seketika sehingga doh sebati.
5.Kemudian keluarkan dari mangkuk mesin pengadun dan uli sehingga doh menjadi putih dan elastik.
6.Masukkan doh ke dalam bekas kedap udara dan biarkan selama 12 jam sebelum digunakan.

CARA PENYIMPANAN
Seterusnya, gumpaste cepat mengering dan mengeras apabila terdedah pada udara, perlu ditutup ataupun berada dalam keadaan lembap. Untuk mengelak gumpaste dari melekit , tabur papan pencanai dan pengelek dengan gula aising atau sedikit tepung jagung apabila mencanai.
Simpan gumpaste dengan membungkusnya dengan plastic wrap dan letak di dalam bekas kedap udara dan dibekukan di dalam peti sejuk tetapi perlu dikeluarkan awal supaya ia lembut ketika hendak digunakan. Bekukan di dalam bekas kecil supaya ia dapat dinyahbekukan dengan cepat. Gumpaste boleh dibekukan selama beberapa bulan sehingga setahun. Untuk menggunakannya uli semula dengan tangan hingga lembut.
PERBEZAAN GUMPASTE & FONDANT
Gumpaste dan fondant, kelihatan sama namun mempunyai fungsi yang
berbeza, secara ringkasnya, fondant digunakan untuk membalut keseluruhan kek manakala gumpaste untuk membentuk bunga dan fingurine yang biasanya digunakan untuk hiasan pada kek dan kek cawan.
Gumpaste lebih versatile, senang dibentuk, tahan lama dan lebih kuat dari fondant. Doh gumpaste boleh dicanai nipis, diwarnakan dan boleh dibentuk figurines seperti patung, pokok dan binatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan