hati itu bisa tertawan dgn kelembutan bahasa dan tutur kata..
bkn dgn kehalusan kulit atau merahnya bibir atau lesung pipit pd pipi atau hidung yg mancung..
-USTAZ AZHAR IDRUS-
"SUAMI paling BAIK ialah suami yang baIk dengan ISTERI nya" ...
contoh terbaik RASULLULLAH s.a.w ...
-USTAZ AZHAR IDRUS-
SOALAN : apa hukum merenjis beras di atas pelamin pengantin ...
JAWAPAN : harus kalau kedua-dua pengantin adalah ayam ...
~Ustaz Azhar Idrus~
"Aurat itu kemaluan. Org yang tak tutup aurat brmakna dia dah dedahkn kemaluannya. Jgn fikir kemaluan tu pundi kencing je." -
~Ustaz Azhar Idrus~
cintailah apa yg kamu mahu cintai..
suatu masa pasti kamu meninggalkannya..
~Ustaz Azhar Idrus~
5 perkara sedang menunggu kita semua..
1. malaikat maut nak ambil nyawa kita.
2. tukang mandi nak mandi dan kafankan kita.
3. malaikat Munkar Nakir nak soal kita.
4. kubur nak kepit kita.
5. waris nak bahagikan harta kita
~Ustaz Azhar Idrus~
ramai mana pun yg LIKE kita..
dalam kubur kita berseorangan juga..
~Ustaz Azhar Idrus~
kalau nak bahagi harta pesaka,
yg duduk seberang laut pun balik..
kalau cakap perkara agama,
sedara sebelah rumah pun tak nak dengar..
sekadar renungan ..
kuat semangat, teruskan jihad..
~Ustaz Azhar Idrus~
Tahap profesor sekalipun tp jahil ilmu fardu ain..
dia lebih bodo dari lembu yg paling bodo dlm pertandingan lembu bodo sedunia..
sebab lembu tak akan disoal diakhirat nanti..
~Ustaz Azhar Idrus~
ciri ciri suami yg terbaik..
sanggup gadai nyawa utk selamatkan isteri..
~Ustaz Azhar Idrus~
jgn bersedih..
kalau kita bersalah..ngadu pd Allah
kalau kita bersalah..cepat minta maaf..
~Ustaz Azhar Idrus~
suami ada kuasa veto melarang isteri keluar rumah..
tp kalau keras sgt...isteri makan hati..sederhana adalah terbaik..
maksud hadith : Sebaik2 kamu ialah yg baik dgn isteri kamu..
~Ustaz Azhar Idrus~
time org duk belajar agama kat masjid, diorang sibuk layan tv tengok org nyanyi..time mak bapak mati, sibuk panggil org masjid suruh baca yaasin..kenapa tak pasang tv dekat mayat tu..pandai pulop tutup..
~Ustaz Azhar Idrus~
Kalau kita dpt hidup seribu kali lagi di dunia ini, kita tetap nak hidup dibawah bimbingan para ulamak...
~Ustaz Azhar Idrus~
wanita yg cantik ialah yg suaminya memujinya cantik..
~Ustaz Azhar Idrus~
Kesibukkan kita mencari nafqah anak2 kdg2 menyebabkan kita tertinggal satu nafqaf yg sgt penting.,
bermain dan bermanja dgn anak2 kita sendiri, hingga bila mereka dah besar dan jauh dari kita baru kita menyesal kerana terlepas saat tersebut...
~Ustaz Azhar Idrus~
kalau nak betulkan kesilapan org jahil, betulkan sikit2 sahaja..jgn byk sangat nanti dia putus asa atau terasa hilang semangat nak perbetulkan diri..contohnya kalau dia ada 10 kesalahan dlm membaca fatehah, sebut 1,2 dulu kesalahannya..yg lain2 tu sebut dimasa lain pula.. ♥
~Ustaz Azhar Idrus~
6 Pesanan Ustaz Azhar Idrus istimewa untuk lelaki..
♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..
~USTAZ AZHAR IDRUS~
3 perkara yg buatkan semua orang benci kita :
- suka berdalih
- tak bolih di tegur
- keras kepala
~Ustaz Azhar Idrus~
Dunia tak akan tinggalkan kita..
Kita akan tinggalkan dunia..
~Ustaz Azhar Idrus~
jangan rasa kamu lebih elok dari orang lain dgn sbb kamu memakai jubah & kopiyah..
sekadar nasihat
4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita...wallahua'lam
~Ustaz Azhar Idrus~
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman
~Ustaz Azhar Idrus~
USTAZ AZHAR IDRUS .. menjadi "kegilaan" golongan muda kerna pendekatan dakwah beliau sesuai dgn selera golongan muda zaman ini ...
ini antara ayat-2 yg ustaz penah update kat facebook dya .. copy lah jika mndatangkan manfaat :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan