Hari nie entri tentang SYED MOKHTAR AL-BUKHARY , iaitu pengasas utama kepada AL-BUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITI atau singkatannya AiU :) Universiti ini masih belum di ketahui umum , kerana masih baru :) Disini ada sedikit sebanyak tentang beliau . Aq pon copy dari owg len :D
TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY
BIODATA : )
- ž Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary.
- ž Tempat lahir : Alor Setar, Kedah.
- ž Tahun lahir : 1951
- ž Pendidikan: SPM
- ž Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- ž Ke 7 terkaya di Malaysia
- ž Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- ž Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- ž Kereta: Proton Perdana
KELUARGA DAN PENDIDIKAN- Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin. Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang anak.
KERJAYA DAN PENCAPAIAN- Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.
KERJA KEBAJIKAN- Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpurselain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk membiayai.,pelbagai program kebajikan.Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris . Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010 .Bekas Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar. Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara percuma.Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000 jemaah); Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998 . Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak masjid untuk menunaikan Hajisetiap tahun.Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.Sebagai seorang rakyat MALAYSIA dan umat ISLAM :) aq betoi-II kagum dan bangga dgn segala usaha dan kegigihan beliau , sehingga berjaya memajukan diri , bahkan saudara sesama islam :) IN SHAA ALLAH ianya mendapat keberkatan di sisi ALLAH s.w.t :)SYUKRAN JAZILAN FOR READING :) salam ukhuwah . semoga mendatangkan manfaat , bagus juga jika dijadikan idola anda :) sekian ASSALAMULAIKUM :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan